Jumaat, 15 November 2019 | 12:12pm

Indonesia kembali catat lebihan dagangan pada Oktober

JAKARTA: Indonesia kembali mencatat lebihan dagangan pada Oktober, demikian menurut data biro perangkaan hari ini, sungguhpun kenaikan itu di luar jangkaan ramai penganalisis.

Ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu mencatatkan lebihan dagangan sebanyak AS$161.3 juta (RM669.33 juta) pada Oktober, data menunjukkan, berbanding unjuran defisit sebanyak AS$280 juta dalam tinjauan Reuters.

Indonesia mempunyai defisit perdagangan sebanyak AS$164 juta pada September, dan lebihan dagangan AS$112 juta pada Ogos.

Eksport pada Oktober berjumlah AS$14.93 bilion, turun 6.13 peratus, ketika mana penghantaran minyak dan gas susut 40 peratus.

Tinjauan Reuters menjangkakan penurunan sebanyak 8.38 peratus dalam keseluruhan eksport.

Import pada Oktober susut 16.39 peratus pada asas tahunan, paling ketara dalam tempoh lima bulan, kepada AS$14.77 bilion.

Penurunan itu adalah hampir sejajar unjuran tinjauan penyusutan sebanyak 16 peratus. - Reuters

Berita Harian X