Khamis, 27 Jun 2019 | 1:52pm

PPI pengeluaran tempatan susut 1.5 peratus pada Mei 2019

KUALA LUMPUR: Indeks harga pengeluar (PPI) pengeluaran tempatan merosot 1.5 peratus pada Mei 2019 berbanding pada bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Sektor yang mencatatkan penurunan pada bulan itu adalah pertanian, perhutanan & perikanan (-12.8 peratus), bekalan air (-2.3 peratus), pembuatan (-0.6 peratus) dan perlombongan (-0.4 peratus), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dalam kenyataan hari ini.

“Bagaimanapun, indeks bekalan elektrik dan gas meningkat 1.2 peratus,” katanya.

Pada asas bulan ke bulan, PPI pengeluaran tempatan meningkat 0.2 peratus pada Mei.

"Peningkatan itu disumbangkan oleh indeks bagi perlombongan (+2.7 peratus), pembuatan (+0.1 peratus) dan bekalan elektrik & gas (+0.1 peratus).

"Secara perbandingan, indeks bagi pertanian, perhutanan & perikanan dan bekalan air masing-masing turun 1.6 peratus dan 0.2 peratus,” kata DoSM.

Sementara PPI pengeluaran tempatan bagi Januari-Mei 2019 mencatatkan penurunan sebanyak 1.9 peratus berbanding pada tempoh yang sama tahun lalu. - BERNAMA

44 dibaca
Berita Harian X