Jumaat, 14 Jun 2019 | 12:44pm
Indonesia mula menguji biodiesel dengan kandungan B30 pada kereta. - Foto hiasan

Indonesia mula uji B30 pada kereta

JAKARTA: Indonesia mula menguji biodiesel dengan kandungan bio 30 peratus (B30) pada kereta, kata kementerian tenaganya, ketika mana negara Asia Tenggara itu sedang berusaha meluaskan penggunaan minyak di pasaran tempatan.

Pengeksport minyak sawit terbesar di dunia itu mensasar menjadikannya mandatori bagi semua biodiesel mempunyai kandungan bio 30 sebanyak peratus, dikenali sebagai B30, mulai tahun depan, daripada 20 peratus ketika ini.

Pakar-pakar industri berkata, ia boleh melonjakkan penggunaan kandungan bio daripada minyak sawit kepada sebanyak sembilan juta kiloliter (KL) setahun, meningkat daripada 6.2 KL pada 2019.

Ujian akan dijalankan dalam tempoh empat bulan akan datang membabitkan pelbagai kenderaan penumpang dan trak, kata Ketua Penyelidikan dan Pembangunan di Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral, Dadan Kusdiana, kepada pemberita semalam.

Kenderaan penumpang akan meliputi 50,000 kilometer (km) dan trak 40,000 km semasa ujian jalan raya, kata Kusdiana.

Kementerian itu juga merancang untuk memulakan ujian ke atas keretapi, kapal dan jentera berat dalam sektor perlombongan menggunakan bahan api itu.

Bagi mengimbangi permintaan global yang perlahan terhadap minyak sawit, Indonesia meningkatkan usaha untuk meningkatkan penggunaan komoditi itu secara domestik, yang digunakan dalam produk daripada bahan api hinggalah ke sabun.

Hampir semua bahanapi bio negara itu dibuat daripada sawit. - Reuters

667 dibaca
Berita Harian X