Rabu, 12 Jun 2019 | 7:57am

Jualan khas untuk lelaki di Shopee

KUALA LUMPUR: Untuk jejaka di luar sana, bersiap sedialah dan jangan lepaskan peluang merebut tawaran menarik di Shopee Men’s Sale bermula esok hingga 23 Jun 2019.

Inilah peluang untuk menaik taraf pakaian dan gajet pada nilai terbaik untuk wang anda.

Kemuncak Shopee Men’s Sale akan berlangsung pada 20 Jun dan di sini adalah beberapa strategi oleh Shopee untuk mendapatkan lebih tanpa berbelanja lebih.

Memang benar, barangan bernilai tinggi seperti Samsung Galaxy A70, mesin kopi Nescafe, komputer riba HP, Sharp Smart UHT TV 45 inci dan jam tangan Fossil boleh menjadi milik anda untuk RM1.

Anda hanya perlu menyemak kalendar harian bagi tawaran RM1 di Shopee.

Pasti Menang: One or Not, or Your Money Back Shopee ialah permainan tanpa risiko yang menjamin RM1 akan dikembalikan ke dalam kad kredit atau dompet Shopee jika anda bukan pembeli terpilih. Jadi teruslah membeli-belah.

Halaman koleksi elektronik Shopee’s Lowest Price Guaranteed menampilkan gajet, kelengkapan sukan, peralatan rumah dan banyak lagi pada harga terendah di pasaran.

Jika anda mendapati barangan serupa yang lebih murah di luar Shopee, ciri Pasti Murah: Electronics, Lowest Price Guaranteed Shopee akan memastikan anda mendapat ganjaran 120 peratus daripada perbezaan harga.

Dengan ciri ini, tidak perlu bimbang anda tidak mendapat tawaran terbaik kerana jaminan yang diberikan.

Shopee menawarkan pelbagai barangan elektronik untuk lelaki. Anda pasti menemui apa yang diinginkan kerana ciri Pasti Ada: Electronics, Find & Be Rewarded.

Shopee sedia membantu anda mencari barangan elektronik yang dikehendaki dengan hanya perlu mengemukakan tuntutan Pasti Ada untuk barangan yang tidak tersenarai di Shopee.

Jika Shopee tidak dapat menemui barangan tersebut, anda akan diberi pampasan 10,000 Shopee Coins, tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda mendapat lebih nilai untuk wang apabila menggunakan Shopee Coins, baucar diskaun dan baucar penghantaran percuma apabila berbelanja RM40 dan ke atas.

Shopee memastikan anda tidak kehabisan Shopee Coins dengan mengadakan Shopee Quiz. Pada jam 12.00 tengah hari setiap hari bekerja, anda boleh menyertai Shopee Quiz dengan menjawab lapan soalan pengetahuan am.

Anda berpeluang memenangi hadiah terkumpul sehingga dua juta Shopee Coins apabila menjawab kesemua soalan dengan betul.

Anda mendapat hayat tambahan apabila merujuk kawan-kawan untuk menyertai Shopee Quiz.

Berita Harian X