Jumaat, 17 Mei 2019 | 12:09pm

Larangan ke atas Huawei akan jejaskan firma Jepun

TOKYO: Langkah Amerika Syarikat (AS) menghalang Huawei Technologies daripada membeli teknologi Amerika boleh menjejaskan syarikat Jepun dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonominya, kata Menteri Kewangan Jepun Taro Aso hari ini.

"Terdapat syarikat Jepun yang membekalkan komponen kepada Huawei, dan rantaian bekalan saling berkaitan dengan cara yang kompleks," kata Aso dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet.

"Melalui rantaian bekalan seperti ini, ia boleh memberikan kesan langsung dan tidak langsung ke atas Jepun," katanya.

Pentadbiran Trump pada Khamis secara rasmi menambah Huawei dari China ke dalam senarai hitam perdagangan, memberikan kuasa sekatan serta merta yang akan menjadikannya sangat sukar bagi gergasi telekomunikasi China itu untuk melakukan perniagaan dengan syarikat-syarikat AS. - Reuters

594 dibaca
Berita Harian X