Ahad, 28 April 2019 | 7:36pm
KETUA Pemasaran Shopee Malaysia, Marianne Chuo (kanan) bergambar bersama selebriti pada pelancaran kempen ‘Raya Dengan Shopee’. - Foto Mahzir Mat Isa

'Raya Dengan Shopee' tawar penjimatan hebat

KUALA LUMPUR: Menjelang ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi, Shopee menawarkan semua keperluan anda menerusi kempen ‘Raya Dengan Shopee’ sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Hari Lebaran.

Mulai 25 April hingga 6 Jun ini, pengguna platform e-dagang itu boleh menikmati tawaran dan diskaun menarik hingga 80 peratus daripada 600 jenama dalam Shopee Mall dan lebih 450,000 penjual, menjadikan persediaan menyambut Hari Raya lebih selesa, meriangkan serta menjimatkan.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Marianne Chuo, berkata pengguna boleh menikmati bayaran balik tunai 200 peratus setiap hari, jualan harian mengejutkan dengan tawaran serendah RM1 dan Goyang Shopee, yang memberi ganjaran kepada pengguna dengan syiling, baucar serta hadiah seperti telefon Xiaomi, pembersih hampagas teknologi robot dan kamera dengan nilai keseluruhan RM5 juta.

“Shopee juga mempunyai platform penstriman langsung yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif dan menggembirakan, serta kuiz bagi pengguna untuk memenangi sehingga dua juta syiling Shopee dalam setiap sesi,” katanya pada pelancaran kempen ‘Raya Dengan Shopee’.

Beliau berkata, kedai rasmi Isetan dalam platform Shopee akan turut memaparkan beraneka rangkaian produk termasuk Naraya, Note Cosmetics dan Jean Perry, di mana 500 pengguna pertama akan menikmati diskaun 20 peratus apabila mereka berbelanja minimum RM50 menggunakan kod ISETANRY.

Pengguna juga boleh memeriahkan sambutan Hari Lebaran mereka dengan sebuah rumah baharu daripada pemaju hartanah terulung S P Setia, dengan harga bermula daripada RM262,000 bagi unit apartmen sedia untuk diduduki, dan rumah teres dua tingkat serta rumah berangkai luas, menerusi Shopee.

Pelanggan hanya perlu membayar yuran tempahan RM688, kemudian pergi ke pejabat jualan untuk melengkapkan urusan pembelian itu. Lapan pelanggan pertama yang berjaya membuat pembelian berpeluang menerima rebat sehingga 25 peratus dan baucar Shopee bernilai RM3,888, di samping kit rumah bernilai RM5,000.

Selain itu, pengguna boleh menikmati tawaran unik termasuk yuran tempahan serendah RM1, kadar faedah rendah bermula daripada 1.81 peratus setahun, rebat, hadiah dan aksesori tambahan selain diskaun 29 peratus ke atas motosikal yang dibeli menerusi Shopee AutoMall.

Tawaran menarik turut meliputi produk selebriti oleh Datin Fouziah Gous, Ifa Raziah, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Irma Hasmie, Nazeera Sardi, Tyra Kamaruzzaman dan Dayang Areeda.

Jadi, usah ketinggalan. Muat turun aplikasi Shopee menerusi Apple App Store atau Google Play. -- BERNAMA

Berita Harian X