Rabu, 10 April 2019 | 2:49pm
Stok minyak sawit Malaysia pada akhir Mac turun 4.6 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 2.92 juta tan. - Foto hiasan

Stok minyak sawit Malaysia susut 4.6 peratus akhir Mac

KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit Malaysia pada akhir Mac turun 4.6 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 2.92 juta tan, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini.

Pengeluaran pada Mac meningkat 8.3 peratus daripada bulan sebelumnya kepada 1.67 juta tan.

Eksport melonjak 22.4 peratus dari Februari kepada 1.62 juta tan, demikian menurut data MPOB.

Tinjauan Reuters mengunjurkan stok minyak akhir Mac jatuh 6.4 peratus kepada 2.85 juta tan, manakala pengeluaran diramalkan meningkat 6.8 peratus kepada 1.65 juta tan.

Eksport dijangka meningkat 23.4 peratus kepada 1.63 juta tan. - Reuters

Berita Harian X