Rabu, 3 April 2019 | 5:06pm
Setiausaha Kehormat Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong (kiri) semasa sidang media mengenai mengenai pameran yang akan berlangsung pada Jumaat hingga Ahad ini di Spice Arena, Pulau Pinang. NSTP/Ramdzan Masiam.

MATTA sasar jualan RM35 juta pameran di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menetapkan sasaran jualan bernilai RM35 juta pada pameran perjalanan di Pulau Pinang.

Setiausaha Agungnya, Nigel Wong berkata kira-kira 35,000 pelawat dijangka mngunjungi pameran tiga hari itu yang bermula Jumaat ini di Setia Spice Arena di Georgetown.

"Hasil jualan pameran sebelum ini yang berlangsung pada September tahun lalu, menunjukkan peningkatan trend dan percaya bilangan peserta yang lebih ramai kali ini akan membolehkan kami mencapai jualan yang lebih tinggi sebanyak RM35 juta," kata Wong kepada pemberita.

Pameran Matta Pulau Pinang pada September lalu mencatatkan jualan sebanyak RM31.6 juta, dengan 186 gerai terbabit.

Tahun ini, bilangan gerai pameran meningkat kepada 264.

Wong berkata, antara acara utama pada pameran tahun in ialah pertandingan pembeli.

Bagi setiap pembelian minimum RM200 untuk pakej perjalanan, pengunjung berpeluang memenangi hadiah seperti tiket penerbangan dua hala, percutian pelayaran, baucar hotel dan tiket kemasukan ke taman tema.

“Hadiah utama ialah tiket kelas perniagaan dari Pulau Pinang ke Xiamen, China, ihsan Malaysia Airlines, syarikat penerbangan rasmi untuk Matta Fair Penang 2019,” katanya.

Turut didakan hadiah cabutan bertuah harian dalam bentuk tiket penerbangan dan penginapan hotel.

Wong bagaimanapun berkata, pelancong perlu melengkapkan diri mereka dengan insurans perjalanan yang mencukupi untuk melindungi diri mereka daripada keadaan yang tidak diduga.

Sempena pameran itu, Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan sekutunya, Firefly Airlines menawarkan diskaun sehingga 52 peratus ke atas tiket penerbangan ke pelbagai destinasi.

Masuk ke pameran itu yang dibuka dari 10 pagi hingga 9 malam adalah percuma.

-BERNAMA

Berita Harian X