Rabu, 27 March 2019 | 8:19am
Rakyat Malaysia mempunyai pilihan sama ada menggunakan transaksi tunai atau tanpa tunai dalam rutin harian mereka termasuk untuk menikmati hidangan.

Tunai atau tanpa tunai

Transaksi tanpa tunai - adakah ini menimbulkan kekecohan? Kenapa perubahan kepada transaksi tanpa tunai adalah baik untuk negara kita. Mengapa ia lebih efisien dan kos efektif?

Pesoalan lain yang timbul adakah Malaysia sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi masyarakat tanpa tunai berikutan tabiat rakyat di negara ini yang masih suka dan lebih memilih untuk berbelanja menggunakan wang tunai dan membuat pembayaran.

Tidak keterlaluan untuk diperkatakan bahawa anjakan perubahan kepada transaksi ‘tanpa tunai’ sebenarnya adalah baik untuk negara kita, apatah lagi dengan hasrat untuk membangunkan Malaysia sebagai negara berstatus pendapatan tinggi.

Adalah lebih efisien dan lebih kos efektif kerana kita tidak perlu lagi membawa wang tunai atau pergi ke bank untuk menyimpan atau mengeluarkan wang. Semua transaksi kini sudah boleh dibuat secara atas talian atau maya.

Manfaat utama sistem pembayaran secara digital ialah individu mempunyai kebebasan untuk membuat transaksi pada bila-bila masa dalam sehari dan dari sebarang lokasi.

Manfaat lain ialah ketka melancong di luar negara. Bayangkan dalam situasi di mana anda berada di luar negara dan semua wang tunai anda baharu saja dirompak serta semua barangan peribadi lain.

Anda terkandas tanpa sebarang wang. Apa perlu anda buat? Sudah tentu, perkara pertama ialah pergi ke balai polis berdekatan dan membuat laporan kejadian kecurian.

Berikutnya, jika ada pemegang kad debit atau kad kredit, anda perlu membuat panggilan ke bank dan memberitahu mereka supaya membuat tindakan yang perlu. Dan, kebanyakan syarikat kad kredit akan menyediakan anda kad baharu dengan serta merta.

Oleh itu, boleh diperkatakan bahawa tanpa tunai ternyata memberikan banyak faedah dan lebih memudahkan. Sudah tentu, wujud risiko sekiranya berbelanja lebih daripada apa yang anda miliki.

Risiko lain ialah risiko kecurian identiti, perangkap e-mel, penipuan atas talian dan penggodaman akaun, kesemua ini sudah pasti meningkat pada ketika kita berkembang ke arah digitalisasi. Oleh yang demikian kita mestilah sentiasa berhati-hati.

Menurut perangkaan Bank Negara, 833.9 juta transaksi dibuat menerusi perbankan internet dari Januari ke November 2018, berbanding dengan 741.9 juta untuk keseluruhan 2017 dan 588.2 juta pada 2016.

Statistik menunjukkan penggunaan perbankan mudah alih juga meningkat dalam tempoh 11 bulan pertama 2018, dengan mencatatkan 1.92 bilion transaksi, berbanding dengan 1.05 bilion pada 2017 dan 526.6 juta pada 2016.

Jumlah pengeluaran wang tunai dari mesin juruwang automatik (ATM) menurun kepada 718.3 juta dari Januari hingga November 2018 berbanding 763.9 juta bagi keseluruhan tahun 2017 dan 761.2 juta pada 2016.

Selain itu, kini sudah terdapat pusat pengajian tinggi yang menggunakan transaksi tanpa tunai apabila membeli barangan di dalam kampus dengan teknologi pembayaran mudah alih.

Pelajar boleh membayar hanya dengan mengimbas kod QR pada peranti mudah alih apabila pelanggan membeli produk atau perkhidmatan daripada peniaga.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berdisiplin mengawal perbelanjaan masing-masing terutama ketika transaksi tanpa tunai bagi memastikan pengurusan kewangan mereka berjalan dengan lancar.

Kini, ada penyelesaian terhadap isu transaksi tanpa tunai. Pernah dengar mengenai kad Merchantrade Money oleh Merchantrade Asia Sdn Bhd, pengendali Perkhidmatan Kewangan Perniagaan terbesar di Malaysia. Merchantrade Money ialah Kad Visa pra bayar pelbagai matawang yang membolehkan pertukaran secara digital Ringgit Malaysia kepada pelbagai mata wang lain.

Kad Merchantrade Money ini dengan saiz dompet RM10,000 dilancarkan pada 2018. Bermula dengan lima matawang, kini Merchantrade Money menawarkan urus niaga dalam 20 mata wang antaranya dolar Amerika, dolar Singapura, British Pound, dolar Australia, Rupiah Indonesia, Euro, Thai Baht, Yen, Saudi Riyal, China Renminbi, dolar Hong Kong, Won Korea Selatan, Indian Rupee yang kini menjadi tumpuan para pelancong.

Kad pelbagai matawang ini boleh digunakan di serata 46 juta kedai/peniaga Visa di seluruh dunia di mana pengembara boleh mengeluarkan mata wang asing di mana-mana mesin ATM automatik yang disokong oleh Visa dan tertakluk kepada caj bank luar negara masing-masing.

Merchantrade Money menawarkan kemudahan pertukaran wang 24-jam kepada pelanggan di serata dunia termasuk mereka yang sedang berada di luar negara dan selain itu, perkhidmatan ini juga memperkenalkan gaya hidup baru kepada pelanggan. Sekiranya kehabisan wang pengguna boleh menambah nilai kad tersebut melalui pemindahan wang atas talian seperti Maybank2u, CIMB Clicks, JomPay dan FPX.

Penggunaan kad itu mampu mengubah kelaziman mereka apabila bertukar daripada konsep membawa wang tunai kepada konsep baru yang menggunakan kaedah digital sepenuhnya.

Jadi tunai atau tanpa tunai.

217 dibaca
Berita Harian X