Rabu, 20 Februari 2019 | 11:32am
IAN Ho

Mengkaji pola pembelian dalam talian golongan lelaki di Malaysia

KUALA LUMPUR: Beli-belah dalam talian kini tidak lagi asing bagi golongan lelaki kerana lebih ramai dalam kalangan mereka membeli produk mereka di dalam talian.

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, kini melihat peningkatan dalam aktiviti pembeli lelaki di dalam aplikasinya.

Dengan meninjau data pembeli lelaki, Shopee dapat mengkaji dengan lebih mendalam tentang kecenderungan pengguna lelaki.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata daripada membeli komputer riba kepada aksesori seperti fon telinga kalis air, kamera papan pemuka kereta, alat permainan, pengecas mudah alih dan kad memori mikro SD, kategori mudah alih dan aksesori Shopee kekal sebagai kategori paling banyak dikunjungi oleh pembeli lelaki.

Katanya, telefon pintar seperti Realme 2 Pro, honor 9 Lite dan honor 8x habis dijual dalam masa beberapa minit selepas pelancaran eksklusif pada 2018.

“Aktiviti membeli-belah peranti dan peralatan mudah alih meningkat sebanyak 10 peratus antara jam 8.00 malam dan 9.00 malam, yang menunjukkan pengguna lelaki mahu membeli gajet dan aksesori mereka selepas waktu kerja.

“Memandangkan kaum lelaki semakin menitikberatkan soal penampilan, mereka lazimnya lebih suka gaya minimalis dengan memakai baju T biasa dan blazer kasual, dan yang boleh didapati dengan mudah di Shopee.

“Malah ramai yang sanggup berbelanja lebih RM400 untuk membeli jam tangan, bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga untuk teman wanita, adik, kakak dan isteri kerana jam tangan wanita adalah antara produk yang paling kerap dibeli oleh pembeli lelaki.

“Untuk melengkapkan penampilan mereka, Shopee meramalkan peningkatan pesanan bagi pomade, serbuk pemutih gigi, cologne dan juga pupur muka, menjadikan kategori Kesihatan dan Kecantikan kedua paling dikunjungi oleh pembeli lelaki.

“Golongan lelaki kini mula memanfaatkan teknologi untuk melakukan kerja rumah memandangkan perbelanjaan besar yang dibuat ke atas barangan mahal seperti pembersih vakum robot yang menelan belanja lebih RM1,050,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ho berkata, bagaimanapun, mereka juga sanggup menyingsing lengan dan buat sendiri dengan peningkatan permintaan dalam alat DIY, alat ganti motosikal dan aksesori dan alat ganti kereta.

Katanya, walaupun ramai lelaki tidak suka bersiar-siar mencuci mata di pusat beli-belah, pembelian di platfrom e-dagang membolehkan mereka menjimatkan masa, berbelanja dalam keselesaan rumah sendiri atau semasa dalam perjalanan.

Beliau berkata, Kempen Shopee for Men (Shopee untuk Lelaki) memenuhi keperluan dan kehendak kaum lelaki.

“Diadakan dari 21 hingga 25 Februari, rebut tawaran koleksi Shopee for Men bagi jaminan harga paling rendah atau terima pulangan wang 200 peratus baucar wang kembali 200 peratus setiap hari, pelan pembayaran ansuran kosong peratus dan tawaran hebat RM25 dengan penghantaran percuma.

“Shopee juga akan melancarkan permainan dalam aplikasi baharu, Slicing Samurai yang menguji kebolehan pengguna menghiris produk maya untuk memenangi hadiah menarik, syiling dan baucar Shopee,” katanya.

Sementara itu mulai esok, Shopee akan memperkenalkan portal dalam aplikasi baharu yang dinamakan Shopee for Men.

Berita Harian X