Isnin, 11 Februari 2019 | 3:51pm
Securities Commission Malaysia (SC) is a statutory body set up to regulate and develop the Malaysian Capital Market.

SC kaji cadangan pacu industri modal teroka tempatan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang mengkaji cadangan oleh Institut Penyelidikan Pasaran Modal (ICMR) untuk menggalakkan lagi pertumbuhan dan memacu sinergi lebih besar dalam industri modal teroka Malaysia.

Cadangan ini adalah berdasarkan kajian mendalam oleh ICMR, yang telah ditugaskan oleh SC sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk memudahcarakan pengantaraan modal risiko dan meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi syarikat peringkat permulaan dan awal dalam pasaran modal Malaysia.

SC berkata, laporan bebas ICMR berkenaan menekankan perlunya campur tangan kerajaan yang disasarkan untuk memangkin lebih banyak penyertaan sektor swasta, kerjasama yang lebih bersepadu dalam kalangan pihak kepentingan ekosistem VC dan penggunaan pemikiran peringkat global.

“Sehubungan dengan ini, laporan itu memberikan lapan cadangan yang saling berkaitan untuk dipertimbangkan secara

menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Cadangan berkenaan antara lain ialah penstrukturan semula VC awam sedia ada agar lebih dipacu oleh komersial; penubuhan sebuah agensi kerajaan khusus untuk menghubungkan jurang pembiayaan kepada perniagaan pertumbuhan tinggi dan baharu dan penubuhan dana ‘fund-of-funds’ dengan elemen yang sepadan dan mekanisme insentif yang sesuai.

Selain itu, cadangan lain ialah mewujudkan platform tunggal bagi akses pasaran untuk membantu usahawan

domestik menghadapi cabaran pembangunan; memudahkan pengembangan sektor hutang usaha sama; liberalisasi lanjut insentif percukaian VC; pewujudan gerbang maklumat berpusat untuk membantu dalam penyelidikan, perumusan dasar dan pemprofilan industri; dan enubuhan majlis antara kementerian untuk menjamin keselarasan objektif di kementerian berbeza yang terbabit dalam ekosistem VC.

SC akan mengadakan pembabitan bersama pihak berkepentingan industri yang berkaitan secara langsung serta melalui Majlis Pembangunan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta Malaysia (MVCDC), yang dipengerusikan oleh SC, mengenai

pelaksanaan cadangan terbabit.

32 dibaca
Berita Harian X