Jumaat, 11 Januari 2019 | 3:03pm

Bon Samurai mampu lonjak nilai ringgit

SINGAPURA: Penjualan bon Samurai yang pertama di Malaysia dalam tempoh tiga dekad dilihat boleh meningkatkan nilai ringgit seperti mana yang berlaku terhadap rupiah selepas menerbitkan bon bernilai AS$3 bilion di Indonesia baru-baru ini.

Selain daripada manfaat meraih dana itu, Malaysia juga akan menunjukkan kepada pelabur hutang bahawa ancaman penurunan kredit berdaulat yang muncul selepas pilihan raya mengejut tahun lalu, telah berkurangan.

Malaysia juga telah mengutip hasil Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang lebih tinggi daripada jangkaan sejak dua bulan lalu.

Memandangkan bank pusat dijangka bertahan selama beberapa bulan ini, keluk swap ringgit boleh terus mendatar dan akan membantu menyokong mata wang tempatan itu. - Bloomberg

451 dibaca
Berita Harian X