Khamis, 20 Disember 2018 | 4:55pm
TANG Siew Wai.

Pengguna e-dompet Malaysia kian meningkat - Carousell

KUALA LUMPUR: Satu kaji selidik mendapati bahawa bilangan pengguna e-dompet di Malaysia meningkat kepada 52.9 peratus daripada responden pada Oktober tahun ini berbanding dengan 24.3 peratus pada Februari.

Pasaran e-dagang Carousell berkata, kaji selidik itu juga mencatatkan kenaikan tiga kali ganda dalam bilangan responden daripada 202 pada Februari kepada 731 pada Oktober, yang menunjukkan peningkatan mendadak minat terhadap penggunaan e-dompet di negara ini.

Ketua Negara Malaysia bagi Carousell, Tang Siew Wai, berkata kaji selidik itu mendapati terdapat segmen pengguna menyimpan lebih daripada RM250 dalam e-dompet mereka, yang menunjukkan terdapat segmen besar pengguna kerap e-dompet.

“Lebih daripada 50 peratus pengguna Carousell adalah pengguna e-dompet,” katanya.

Data daripada kaji selidik itu menunjukkan lima e-dompet utama yang digunakan oleh pengguna Carousell ialah GrabPay, Touch n’ Go eWallet, Boost, Maybank QRPay dan WeChat Pay. - BERNAMA

Berita Harian X