Selasa, 20 November 2018 | 5:44pm

Bitcoin menjunam, cecah paras terendah dalam setahun

LONDON: Bitcoin jatuh lebih 7.5 peratus hari ini ke bawah AS$4,500, hilang hampir satu pertiga nilai mata wang kripto paling terkenal dunia itu dalam tempoh seminggu.

Ia berlaku ketika penjual besar-besaran mata wang digital semakin meningkat di seluruh papan dagangan.

Mata wang kripto lain turun jatuh mendadak, dengan ether keluaran Ethereum hilang 10 peratus manakala XRP milik Ripple susut 13 peratus dalam penurunan yang dipengaruhi oleh sentimen.

Bitcoin kini diniagakan pada AS$4,354.20, paras terendahnya di bursa Bitstamp sejak Oktober 2017.

-Reuters

996 dibaca
Berita Harian X