Jumaat, 2 November 2018 | 4:29pm

Inti Pati Laporan Tinjauan Ekonomi 2019

KUALA LUMPUR: Berikut adalah inti pati laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang kali pertama dibentangkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Laporan dengan 142 muka surat itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di Parlimen hari ini sempena pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

· Ekonomi global dijangka berkembang 3.7 peratus pada 2018 dan 2019, lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini pada 3.9 peratus oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

· Perdagangan global dijangka meningkat sebanyak 4.2 peratus pada 2018 dan 4.0 peratus pada 2019 (2017:5.2 peratus).

· KDNK sebenar Malaysia dijangka meningkat sebanyak 4.8 peratus dan 4.9 peratus masing-masing pada 2018 dan 2019, dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta yang berterusan.

· Perbelanjaan pertumbuhan sektor swasta dijangka berada pada 6.5 peratus tahun ini dan 6.4 peratus pada 2019, menyumbang kira-kira 72 peratus daripada KDNK.

· Penggunaan swasta dijangka kekal sebagai penentu pertumbuhan utama pada 2019, berkembang sebanyak 7.2 peratus, disokong oleh pasaran buruh yang stabil, inflasi tidak berubah dan keadaan kewangan yang kondusif.

· Pelaburan swasta dijangka mencatatkan pertumbuhan tinggi sebanyak lima peratus pada 2019, berikutan perbelanjaan modal dalam sektor pembuatan dan berintensifkan teknologi dan perkhidmatan.

· Penggunaan awam dijangka berkembang 1.8 peratus pada 2019 berikutan perbelanjaan tinggi ke atas emolumen serta bekalan dan perkhidmatan.

· Pelaburan swasta dijangka turun 1.5 peratus dan 5.4 peratus masing-masing pada 2018 dan 2019, terjejas terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan modal rendah oleh perbadanan awam.

· Pendapatan Negara Kasar (PNK) dijangka berkembang sebanyak 7.1 peratus kepada RM1.5 trilion pada 2019; sektor swasta menyumbang 86.9 peratus daripada jumlah simpanan manakala Tabungan Negara Kasar (GNS) dijangka berkembang 3.4 peratus.

· Jumlah pelaburan dijangka meningkat lima peratus kepada RM366.8 bilion pada 2019, membawa kepada tabungan rendah-lebihan pelaburan, dalam jajaran antara dua peratus dan tiga peratus daripada PNK.

· Lebihan akaun semasa dijangka menguncup 2-3 peratus pada 2019 daripada GNP (2018: 2.5-3 peratus).

· Eksport kasar dijangka berkembang 3.9 peratus pada 2019; import dijangka berkembang 4.1 peratus.

· Lebihan Akaun Perjalanan dijangka tinggi sebanyak RM28.2 bilion pada 2019 dipacu oleh ketibaan pelancong yang berterusan.

· Akaun pendapatan utama mencatatkan defisit tinggi sebanyak RM41.4 bilion, disebabkan terutamanya keuntungan tinggi yang dijangkakan oleh syarikat multinasional diperbadankan dalam negara, aliran keluar bersih bayaran gaji yang lebih besar kepada kepakaran dan kemahiran profesional asing.

· Sektor pembuatan dijangka berkembang 4.7 peratus pada 2019, dipacu terutamanya daripada permintaan berterusan bagi elektrik dan elektronik (E&E).

· Sektor pembinaan dijangka meningkat sedikit pada 2019, berkembang 4.7 peratus susulan peningkatan bekalan dirancang baharu dalam segmen rumah mampu milik dan perindustrian.

· Sektor pertanian dijangka pulih tahun depan dengan pertumbuhan 3.1 peratus daripada penurunan 0.2 peratus yang dijangkakan pada 2018.

· Minyak sawit dijangka mencatatkan pertumbuhan 4.1 peratus pada 2019 berikutan pengeluaran tinggi, peningkatan harga kepada RM2,400 setan metrik (daripada purata RM2,300 pada 2018), dan peningkatan kawasan ladanf matang yang dijangka mencecah 5.5 juta hektar.

· Stok penutup Minyak Sawit Mentah dijangka turun sebanyak 2.2 juta tan metrik pada 2019 berikutan eksport tinggi kepada rakan dagang utama.

– BERNAMA

Berita Harian X