Khamis, 12 Julai 2018 | 12:58pm

IPP Malaysia naik 3.0 peratus pada Mei 2018

KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.0 peratus pada Mei 2018 berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kenaikan pada Mei 2018 itu disokong pertumbuhan dalam indeks pembuatan (4.1 peratus) dan indeks elektrik (2.6 peratus).

Sementara itu, indeks perlombongan mencatatkan penurunan 0.5 peratus berbanding bulan sebelumnya (April 2018: 1.8 peratus).

Pengeluaran sektor pembuatan meningkat 4.1 peratus pada Mei selepas mencatatkan pertumbuhan 5.3 peratus pada April 2018.

Subsektor utama yang mencatatkan kenaikan pada Mei ialah produk peralatan elektrik dan elektronik (4.8 peratus), petroleum, kimia, getah dan plastik (3.7 peratus) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (5.0 peratus).

Sementara itu, pengeluaran sektor elektrik meningkat 2.6 peratus pada Mei 2018 berbanding kenaikan 5.8 peratus pada April 2018.

Pengeluaran sektor perlombongan turun 0.5 peratus pada Mei 2018 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Berita Harian X