Selasa, 10 Julai 2018 | 1:44pm

Stok sawit negara bulan Jun meningkat

KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit Malaysia meningkat 0.83 peratus kepada 2.19 juta tan pada Jun 2018 daripada 2.17 juta tan yang dicatatkan pada Mei 2018.

Daripada jumlah itu, minyak sawit mentah (MSM) menyumbang 1.22 juta tan, meningkat 4.38 peratus, manakala minyak​​​​​​​ sawit diproses susut 3.29 peratus kepada 971,796 tan, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam kenyataan prestasi bulanannya.

Pengeluaran MSM turun 12.63 peratus kepada 1.33 juta tan pada tempoh berkenaan daripada​​​​​​​ 1.53 juta tan pada bulan sebelumnya.

Pengeluaran isirung sawit berkurangan 17.13 peratus kepada 315,731 tan.

Sementara itu, eksport minyak sawit susut 12.57 peratus kepada 1.13 juta tan pada Jun 2018 namun ​​​​​​​eksport biodiesel meningkat 13.42 peratus kepada 41,762 tan.

-BERNAMA

Berita Harian X