Selasa, 8 Mei 2018 | 3:42pm
TIMBALAN Presiden, 11 Street, Bruce Lim. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

11street, CJ Wow Shop jalin kerjasama Hari Raya

KUALA LUMPUR: Peneraju pasaran dalam talian, 11street menjalin kerjasama dengan CJ Wow Shop dengan menawarkan pelbagai pilihan pakaian Muslimah kepada pengguna sempena sambutan bulan Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi kerjasama dengan CJ Wow Shop yang juga platform beli-belah menerusi televisyen yang terkemuka di negara itu, ia menyediakan tawaran fesyen utama iaitu set pakaian tradisional, koleksi hijab, pakaian serta aksesori yang bergaya dengan harga antara RM50 hingga RM150 setiap set.

Naib Presiden Perdagangan 11street, Bruce Lim berkata di samping pakaian Muslimah, 11street juga akan turut memaparkan rangkaian produk paling laris menerusi platform beli-belahnya, yang merangkumi barangan kediaman dan dapur, peralatan memasak, perabot serta produk kesihatan dan kecantikan.

"Sepanjang tempoh kempen Syioknya Raya, pengguna boleh menjangkakan diskaun menarik yang disediakan yang merangkumi sehingga 150 jenama popular dan hadiah seperti mesin basuh, peti sejuk dan barangan elektronik bernilai sehingga RM30,000.

"11street juga akan memberi ganjaran berupa hadiah bernilai RM9,000 kepada mereka yang membeli-belah menerusi aplikasi mudah alih 11street kerana seperti mana yang kami tahu, sekurang-kurangnya 60 peratus pelanggan kami menggemari kaedah pembelian menerusi peranti mudah alih mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, 11street turut mendedahkan tabiat dan sikap perbelanjaan rakyat Malaysia bersempena Ramadan dan sambutan Hari Raya.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan bersama lebih 5,000 responden, rakyat Malaysia cenderung untuk memulakan persediaan Hari Raya seawal enam minggu sebelum sambutan.

Namun demikian, 83 peratus rakyat Malaysia hanya akan membelanjakan kurang daripada RM1,000 semasa musim perayaan yang akan datang itu.

Di samping itu, kajian yang dijalankan turut mendapati 40 peratus daripada peserta adalah golongan berusia 26 hingga 35 tahun yang gemar membeli-belah secara dalam talian.

"Daripada tinjauan yang dijalankan, kami mendapati rakyat Malaysia gemar membeli-belah lebih awal, lantas membolehkan kami memulakan kempen musim perayaan pada bulan ini.

"Pelanggan 11street boleh menjangkakan diskaun sehingga 90 peratus untuk membantu mereka menguruskan kewangan masing-masing sepanjang tempoh promosi ini," katanya.

Kempen Syioknya Raya memperkenalkan ruang saringan pencarian mesra Muslim yang membenarkan pengguna mencari produk mesra Muslim yang diiktiraf Halal dengan lebih mudah.

12 dibaca
Berita Harian X