Selasa, 1 Mei 2018 | 10:08pm
PEMILIK Butik Blancheur, Datin Linda Rahim menunjukkan koleksi telekung Arjana. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Arjana tawar koleksi telekung kualiti tinggi

KUALA LUMPUR: Pengeluar jenama produk Blancheur, HLIUEM Group Sdn Bhd, baru-baru ini melancarkan jenama baharu dinamakan Arjana yang menampilkan barisan koleksi telekung kualiti tinggi dengan harga mampu milik.

Pengasas dan Pengarah Urusan HLIUEM Group, Datin Linda Rahim, berkata barisan jenama Arjana dilancarkan bagi memenuhi permintaan orang ramai yang inginkan telekung yang dihasilkan dengan kualiti tinggi, namun harga yang lebih murah.

"Berbanding jenama Blancheur yang menawarkan produk fesyen dan telekung pada harga dan kualiti premium, jenama Arjana menyasarkan pasaran yang lebih luas serta lebih murah untuk dimiliki orang ramai.

"Telekung Arjana menawarkan dua pilihan rekaan yang menampilkan 13 pilihan. Kualiti kainnya dijamin selesa untuk pakaian solat.

"Ia akan dijual pada harga bermula dari RM249 hingga RM399 dan boleh didapati di Blancheur Bangsar, Isetan Suria KLCC, kompleks beli-belah Sogo serta menerusi dalam talian," katanya ketika ditemui Bisnes NSTP, baru-baru ini.

Linda berkata, selain pasaran tempatan, pihaknya turut bercadang membawa jenama itu ke pasaran luar negara.

"Kami yakin telekung Arjana juga akan meraih sambutan di luar negara berikutan pencapaian Blancheur yang berjaya menembusi pasaran Singapura, Indonesia dan Brunei.

"Disebabkan harga dan kualitinya, kami yakin jenama ini akan menyumbang jualan yang lebih tinggi di pasaran tempatan dan luar," katanya.

INFO

Arjana by Blancheur

- Tawar 13 pilihan warna

- Dijual pada harga RM249 hingga RM399

112 dibaca
Berita Harian X