Khamis, 1 March 2018 | 1:14pm

Singapura pertimbang kawal selia tambahan wang kripto

SINGAPURA: Bank pusat Singapura sedang menilai sama ada kawal selia tambahan diperlukan bagi melindungi pelabur dalam mata wang kripto, kata seorang pegawainya, hari ini.

Republik itu, yang menyasarkan untuk menjadi hab teknologi kewangan di Asia, tidak mengawal selia mata wang maya dan tahun lalu meminta orang ramai supaya mengamalkan pendekatan "sangat berhati-hati" ke atas pelaburan mata wang kripto.

Bank pusatnya ada mengawal selia aktiviti membabitkan mata wang maya jika ia memberikan risiko tertentu.

Sebagai contoh, ia mengenakan keperluan anti penggubahan wang ke atas perantara yang menyediakan perkhidmatan mata wang maya.

"Kami sedang menilai jika kawal selia tambahan diperlukan dari segi perlindungan pelabur," kata Timbalan Pengarah Urusan (Pengawasan Kewangan), Monetary Authority of Singapore.

Negara lain seperti Korea Selatan, di mana dagangan mata wang kripto lebih popular, sedang mencari jalan untuk mengawal selia aktiviti sedemikian.

-Reuters

Berita Harian X