Rabu, 28 Februari 2018 | 4:01pm
ANTARA peserta yang hadir pada Persidangan Meja Bulat Mata Wang Kripto & Sistem Kewangan Digital di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). - Foto Aswadi Alias

Sedia garis panduan Syariah mata wang kripto

KUALA LUMPUR: Garis panduan Syariah dilihat lebih sesuai disediakan berbanding mengeluarkan fatwa mengenai mata wang kripto secara tergesa-gesa.

Felo Pusat Kajian Syariah, Undang- Undang dan Politik (SYARAK) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd Noor Omar, berkata apa yang penting ketika ini adalah mempunyai garis panduan Syariah yang mana boleh dan tidak boleh dilakukan membabitkan mata wang digital.

Beliau berkata, tambahan pula isu mata wang kripto perlu dilihat daripada pelbagai aspek sebelum memutuskan hukum mengenainya.

"Kita perlu faham mata wang digital. Kita tidak perlu tergesa-gesa mengeluarkan fatwa, sebaliknya mengeluarkan garis panduan Syariah mengenainya," katanya ketika ditemui di Persidangan Meja Bulat Mata Wang Kripto dan Sistem Kewangan Digital di sini, hari ini.

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Mata Wang Digital: Falsafah dan Maslahah pada persidangan anjuran IKIM itu.

122 dibaca
Berita Harian X