Khamis, 21 September 2017 | 10:11pm
- Foto hiasan

Keuntungan sebelum cukai Poh Kong meningkat RM37.52 juta

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Poh Kong Holdings Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Julai, 2017 meningkat kepada RM37.52 juta daripada RM17.48 juta dalam tahun kewangan sebelumnya.

Pendapatannya meningkat kepada RM876.996 juta daripada RM776.533 juta, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Bagi suku keempat yang berakhir 31 Julai, 2017, keuntungan sebelum cukainya meningkat kepada RM14.760 juta berbanding RM5.526 juta dalam tempoh yang sama pada 2016.

Pendapatan naik kepada RM259.983 juta berbanding RM198.350 juta dalam suku yang sama tahun lalu berikutan peningkatan permintaan terhadap barang kemas emas dan produk pelaburan emas.

"Harga emas runcit yang lebih tinggi dan hasil tambahan daripada cawangan baharu juga menyumbang kepada peningkatan hasil dalam suku itu," kata Poh Kong. - BERNAMA

Berita Harian X