Jumaat, 21 Julai 2017 | 4:32pm

AirAsia lancar laluan KL- Davao

DAVAO (Filipina): AirAsia Bhd hari ini melancarkan penerbangan langsung, empat kali seminggu, Davao-Kuala Lumpur.

Penerbangan laluan baharu itu akan beroperasi mulai 21 Disember 2017.

Laluan itu adalah laluan langsung keempat dari Malaysia ke Filipina selepas Manila, Cebu dan Kalibo, yang menerbangkan sejumlah 577,536 penumpang pada 2015 dan 2016.

AirAsia juga menghubungkan penumpang kepada bandar lain di Filipina menerusi Clark, Manila, Caticlan, Kalibo, Tacloban, Palawan, Cebu dan Tagbilaran.

BERNAMA

Berita Harian X