Rabu, 30 Oktober 2019 | 12:00pm
Rebut peluang beli pelbagai barangan Panasonic pada harga murah di Shopee pda 11.11 ini.

Panasonic Malaysia tawar penjimatan hebat di Shopee pada 11.11 ini

KUALA LUMPUR: Tarikh 11.11 sentiasa dinantikan oleh mereka yang gemar membeli-belah, khususnya pembeli dalam talian kerana walaupun promosi berlangsung dalam tempoh masa singkat, pelbagai tawaran hebat dan diskaun penjimatan paling tinggi akan ditawarkan.

Kali ini, Panasonic Malaysia kembali menjalin kerjasama dengan platform e-dagang Shopee kerana berdasarkan kerjasama dilakukan pada tahun lalu, berlaku peningkatan jualan yang tinggi dan Panasonic meraih kejayaan besar pada tarikh berkenaan.

Tarikh 11.11 bukan lagi dianggap sebagai sambutan Hari Orang Bujang dengan memberikan hadiah kepada pasangan masing-masing, tetapi kini lebih diingati kepada tawaran hebat pembelian dalam talian.

Justeru, tidak mahu ketinggalan sama dalam festival jualan besar-besaran dalam talian pada 11.11 ini, Panasonic Malaysia menawarkan harga jualan eksklusif untuk semua pelanggannya di platform Shopee dengan memberi tawaran Harga Runtuh Besar-besaran Panasonic Malaysia sehingga potongan 41 peratus.

Tawaran penjimatan itu harus direbut kerana bukan itu saja, ‘pemburu’ harga penjimatan dalam talian juga boleh menikmati baucar potongan istimewa sebanyak 10 peratus untuk seluruh kedai yang terbabit.

Harga jualan yang boleh dianggap tidak masuk akal juga diberikan untuk dua produk yang begitu laris iaitu Urban Audio (SC- UA3GSX-K) dengan potongan diskaun sebanyak 41% dan 40” LED TV (TH-40F400K) sebanyak sebanyak 40%.

Kedua-dua produk terlaris itu turut diberikan baucar tambahan sebanyak 10 peratus menjadikan harga asalnya daripada RM1,119 dan RM1,729 kepada RM593.10 dan RM935.10 setiap masing-masing.

Bukan setakat itu saja, Panasonic juga menawarkan kelengkapan barangan elektrik lain seperti televisyen, kelengkapan produk di dapur dan barangan penjagaan peribadi lain.

Jadi apa tunggu lagi kerana tawaran eksklusif ini diberikan dalam tempoh terhad dan berlaku hanya setahun sekali.

Pelanggan di platform Shopee juga tidak perlu bimbang kerana setiap produk Panasonic yang dijual 100 peratus berjenama tulen.

Sementara stok masih ada, peluang ini harus direbut oleh setiap pelanggan Panasonic di Shopee sebaik saja memasuki tarikh 11.11 dan pastikan anda memiliki barangan Panasonic yang diinginkan selama ini.

Berita Harian X