Khamis, 18 Julai 2019 | 9:43am

Wan Azmi, Zakhir dikaitkan dengan pembelian Scomi

KUALA LUMPUR: Dagangan saham Scomi Group Bhd yang digantung semalam sementara menunggu pengumuman penting, dikaitkan dengan khabar angin bahawa dua ahli perniagaan terkemuka dalam proses membeli saham syarikat itu.

Dua ahli perniagaan itu ialah Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah dan Datuk Mohd Zakhir Siddiqy Sidek.

Difahamkan bahawa gabungan kepentingan mereka dalam Scomi Group tidak melebihi kepentingan IJM Corp Bhd yang adalah pemegang saham terbesar kumpulan itu.

Scomi Group sebelum ini mencadangkan satu langkah permodalan semula besar-besaran bertujuan menjana RM214 juta bagi memulihkan kesihatan kewangannya.

554 dibaca
Berita Harian X