Isnin, 15 Julai 2019 | 2:24pm

Bina Puri dapat kontrak RM303 juta di Iraq

KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan, Bina Puri Holdings Bhd (BPHB) memperoleh kontrak bernilai RM303 juta di Iraq.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Bina Puri berkata anak syarikatnya, Bina Puri Sdn Bhd menerima surat penganugerahan bertarikh 11 Jun 2019 daripada Thi Qar Governate, Iraq berhubung cadangan jalan lorong berkembar dari Al-Islah ke Al-Jabayish di Nasirya City.

Ia berkata, kontrak itu adalah untuk tempoh 36 bulan bermula daripada tarikh bermula.

“Dengan kontrak terbaharu ini, nilai tempahan projek akan meningkat kepada RM1.56 bilion,” katanya.

Kontrak berkenaan tiada mempunyai kesan material ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham BPHB.

Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2020.

172 dibaca
Berita Harian X