Khamis, 27 Jun 2019 | 9:19pm

Gamuda terima cadangan MoF Inc

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) membabitkan pengambilalihan kesemua kepentingan ekuiti kumpulan dalam empat syarikat.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MoF Inc menyatakan empat syarikat itu adalah Kesas Sdn Bhd (Kesas), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Sprint), Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart).

“Lembaga Pengarah Gamuda akan membuat pengumuman sewajarnya kelak selepas melalui pelbagai proses berkaitan yang membabitkan syarikat sekutu dan syarikat usaha sama berkenaan,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan Kementerian Kewangan membuat tawaran bernilai RM6.2 bilion bagi mengambil alih empat konsesi lebuh raya bertol yang dapat menjimatkan pembayar cukai sekurang-kurangnya RM5.3 bilion dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi terbabit yang kepentingan utamanya dimiliki oleh Gamuda.

-- BERNAMA

Berita Harian X