Khamis, 13 Jun 2019 | 8:10pm

THHE dapat sub-kontrak RM47.4 juta

KUALA LUMPUR: TH Heavy Engineering Bhd (THHE) telah diberikan sub-kontrak bernilai RM47.4 juta oleh Afcons Infrastructure Ltd of India.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya ia membabitkan kerja pemasangan cerucuk berkaitan Projek Platform Proses Luar Pesisir (CCP & LQUP) bagi pembangunan KG-DWN-98/2 Blok NEP luar pesisir India.

THHE berkata kerja itu dijadual bermula pada Ogos dan siap pada 31 Disember 2020.

"Sub-kontrak itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih sesaham THHE bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 sehingga 31 Disember 2020," katanya.

333 dibaca
Berita Harian X