Jumaat, 17 Mei 2019 | 6:32pm

Maybank turunkan lagi BR, BFR

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) menurunkan lagi kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) iaitu tambahan sebanyak lima mata asas (bps) masing-masing kepada 3.00 peratus setahun (pa) dan 6.65 peratus, berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan, Maybank berkata BR dan kadar pembiayaan asas (BFR) Islam juga diturunkan sebanyak lima bps masing-masing kepada 3.00 peratus pa dan 6.65 peratus pa.

Maybank pertama kali menurunkan BR sebanyak 20 bps kepada 3.05 peratus pa daripada 3.25 peratus pa, manakala BLR turut disemak semula kepada 6.70 peratus pa daripada 6.90 peratus pa pada 9 Mei 2019, selaras dengan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Begitu juga, BR dan BFR Islamnya turut diturunkan sebanyak 20 bps masing-masing kepada 3.05 peratus pa daripada 3.25 peratus pa, dan kepada 6.70 peratus pa daripada 6.90 peratus pa.

BNM menurunkan OPR sebanyak 25 bps kepada 3.00 peratus daripada 3.25 peratus pada 7 Mei, 2019.

-BERNAMA

1177 dibaca
Berita Harian X