Jumaat, 17 Mei 2019 | 4:48pm

Pansar dapat kontrak tebatan banjir

KUALA LUMPUR: Pansar Engineering Services Sdn Bhd, anak syarikat Pansar Bhd mendapat kontrak daripada Kiasan Engineering Sdn Bhd untuk fasa tiga Projek Tebatan Banjir Sibu, Lembangan Batang Rajang di Sarawak bernilai RM77.7 juta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, pengedar produk kejuruteraan marin dan perindustrian berkata kerja-kerja ini merangkumi dua stesen pengepaman dengan tadahan air, menaik taraf dan pelebaran saliran, dan juga penurapan jalan.

“Projek yang dimiliki oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia itu dijangka dapat disiapkan pada Mac 2022,” katanya.

Projek itu dijangka menjadi penyumbang positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 2020 hingga 2022.

106 dibaca
Berita Harian X