Jumaat, 17 Mei 2019 | 12:24pm

Untung bersih Star Media Group Bhd menjunam 68.6 peratus

KUALA LUMPUR: Untung bersih Star Media Group Bhd menjunam 68.6 peratus kepada RM3.54 juta pada suku kewangan pertama berakhir 31 Mac 2019 daripada RM11.3 juta setahun yang lalu susulan pendapatan yang lebih rendah daripada segmen percetakan dan radionya.

Sementara itu, pendapatan susut 24.3 peratus kepada RM82.56 juta daripada RM109.03 juta.

Demikian menurut kenyataan Star Media Group yang difailkan di Bursa Malaysia semalam.

Bagaimanapun, kumpulan itu kembali mencatat keuntungan daripada kerugian RM9.06 juta pada suku kewangan keempat 2018, peningkatan yang dikaitkan dengan pengurusan kos yang lebih baik, katanya.

Ia mencatatkan kerugian bersih RM9.06 juta pada suku kewangan keempat 2018 disebabkan oleh skim pemisahan bersama/opsyen persaraan awal (MSS/ ERO) yang menelan belanja RM15.8 juta.

170 dibaca
Berita Harian X