Khamis, 16 Mei 2019 | 8:26pm

Agrobank turun kadar BR, BFR

KUALA LUMPUR: Agrobank menurunkan kadar asas (BR) kepada 3.6 peratus dan kadar pembiayaan asas (BFR) kepada 6.75 peratus.

Penurunan itu dilaksanakan susulan Bank Negara Malaysia mengurangkan kadar dasar semalaman kepada 3.0 peratus, buat kali pertama sejak Julai 2016.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Syed Alwi Mohamed Sultan, berkata BR dan BFR bank itu dikurangkan sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 16 Mei 2019.

Selain itu, kadar deposit juga diturunkan sebanyak 20 mata asas bagi tempoh 12 bulan dan ke bawah serta 15 mata asas bagi tempoh melebihi 12 bulan.

“Kadar pembiayaan yang lebih rendah dijangka memberi faedah kepada usahawan tani dalam membangunkan dan mengembangkan perniagaan mereka, dan pada masa sama, kadar keuntungan disemak semula bagi pendeposit juga diberi perhatian.

“Kadar disemak semula itu akan memberi manfaat kepada usahawan tani dan turut menggalakkan pertumbuhan pembiayaan bank ini. Agrobank menyasar untuk meningkatkan nilai pembiayaan kepada RM1.2 bilion pada 2019,” katanya.

– BERNAMA

162 dibaca
Berita Harian X