Selasa, 16 April 2019 | 4:07pm

Bio Osmo bertukar Impiana Hotels bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bio Osmo Bhd akan menukar namanya kepada Impiana Hotels Bhd berkuat kuasa 9 pagi pada 18 April ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata ia akan didagangkan dan disebut harga di Bursa Malaysia menggunakan nama pendek saham baharu “IMPIANA” dengan nombor saham tidak berubah.

Bio Osmo Bhd dillapor melupuskan perniagaan air minuman botol yang rugi bagi RM2.5 juta, sejajar dengan perancangannya untuk menumpukan pada perniagaan hospitaliti.

-BERNAMA

Berita Harian X