Selasa, 16 April 2019 | 1:41pm
Scomi Engineering Bhd Plant at Rawang,Selangor

Scomi timbang pelbagai opsyen kukuh kewangan

KUALA LUMPUR: Scomi Group Bhd masih mempertimbangkan pelbagai cadangan korporat bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan kunci kira-kira kumpulan.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata ia antara lain termasuk cadangan permodalan semula dan penyusunan semula modal, jika perlu.

“Namun, perkara ini tidak pernah dibincangkan oleh Lembaga Pengarah. Jika ada sebarang keputusan dibuat berkaitannya, pengumuman sewajarnya akan dibuat,” katanya.

Kenyataan dikeluarkan merujuk kepada sebuah artikel berbahasa Inggeris yang disiarkan bertajuk ‘Scomi Group hampir mendapatkan pelabur, kata sumber’.

171 dibaca
Berita Harian X