Selasa, 9 April 2019 | 5:52pm
Pengarah Urusan Sedania Innovator, Datuk Azrin Mohd Noor bertukar dokumen perjanjian bersama wakil Elzar Shariah, Prof Dr Zaharrudin Abdul Rahman.

Sedania, Elzar Shariah tubuh syarikat fintech Islam

KUALA LUMPUR: Sedania Innovator Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Sedania As Salam Capital memeterai perjanjian usaha sama dan pemegang saham bersama Shariah Solutions Sdn Bhd (Elzar Shariah) untuk membentuk sebuah syarikat baharu, Barie Technologies Sdn Bhd (Barie Technologies).

Sedania As Salam mengendalikan platform dagangan kewangan Islam, As-Sidq yang memudah cara pembiayaan Islam melalui teknologi kewangan (fintech).

Perjanjian dimeterai oleh Datuk Azrin Mohd Noor mewakili Sedania As Salam dan Prof Dr Zaharrudin Abdul Rahman mewakili Elzar Shariah.

Dr Zaharuddin adalah pakar terkemuka dalam bidang kewangan Islam. Beliau kini berkhidmat sebagai Penasihat Syariah kepada Sedania As Salam Capital Sdn Bhd dan EPF Islamic (EPFi).

Latar belakangnya yang luas dalam bidang produk dan proses patuh Syariah, digabungkan bersama keupayaan Sedania As

Salam untuk menginovasi serta membangunkan perkhidmatan fintech Islam, akan mewujudkan jalinan bersepadu untuk syarikat baharu berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sedania Innovator, Daniel Ruppert, berkata syarikat mempunyai idea baharu menarik bagi perkhidmatan fintech Islam, namun menggabungkannya dengan keperluan perbankan dengan pematuhan Syariag adalah seperti menyelesaikan satu teka teki.

“Dengan kepakaran kedua-dua pihak dalam kewangan Islam, kami akan mewujudkan perkhidmatan baharu dan canggih untuk 40 pelanggan perkhidmatan kewangan di Malaysia, selain prospek pelanggan baharu luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Dr Zaharuddin berkata terdapat potensi besar bagi fintech patuh Syariah, walaupun Malaysia menjadi sebuah hab global bagi kewangan Islam.

178 dibaca
Berita Harian X