Khamis, 31 Januari 2019 | 2:41pm

Bio Osmo tumpu perniagaan hotel, nama diubah

KUALA LUMPUR: Bio Osmo Bhd tidak lama lagi akan dikenali sebagai Impiana Hotels Bhd sebaik sahaja selesai cadangan pengambilalihan dan suntikan aset hotel Kumpulan Impiana ke dalam syarikat.

Dalam pekeliling kepada pemegang saham yang dikemukakan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu Bio Osmo berkata syarikat telah menandatangani enam perjanjian jualan saham untuk mengambil alih hotel di bawah jenama Impiana di Kuala Lumpur, Ipoh dan Cherating, tanah komersial di Pangkor, serta syarikat pengurusan hotel Impiana dengan jumlah bayaran pembelian sebanyak RM425.9 juta.

Mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan cadangan langkah korporat itu ditetapkan pada 21 Februari ini.

Bio Osmo telah melupuskan perniagaan air minuman botol yang rugi bagi RM2.5 juta selari dengan perancangannya untuk menumpukan pada perniagaan hospitaliti.

95 dibaca
Berita Harian X