Rabu, 23 Januari 2019 | 6:57pm

Unit CIMB jual 51 peratus kepentingan CHIB

KUALA LUMPUR: CIG Bhd, anak syarikat milik penuh tidak langsung CIMB Group Holdings Bhd (CIMB), akan melupuskan 51 peratus kepentingannya dalam CIMB Howden Insurance Brokers Sdn Bhd (CHIB) kepada HBG Asia Holdings Ltd (Howden).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, CIMB berkata kepentingan itu yang membabitkan 510,000 saham, akan dijual pada harga RM59.6 juta.

“Kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pelupusan itu diterima pada 27 November 2018.

“Pelupusan itu selari dengan aspirasi kumpulan untuk menyelaraskan dan memberi tumpuan ke atas perniagaan perbankan,” katanya.

CIMB berkata, pelupusan itu dijangkakan tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas aset bersih dan pendapatan disatukan kumpulan itu.

“Susulan pelupusan itu, CHIB tidak lagi menjadi syarikat sekutu CIG,” katanya.

104 dibaca
Berita Harian X