Khamis, 10 Januari 2019 | 12:27pm

Sapura Energy akan dapatkan pinjaman RM2.28 bilion

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd bercadang mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi membolehkannya mendapatkan kemudahan pembiayaan sehingga AS$550 juta (RM2.28 bilion) untuk cadangan usaha sama dengan Kumpulan OMV Aktiengesellschaft (OMV AG).

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia berhasrat untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tempatan dan/atau asing dan/atau OMV Exploration and Production GmbH (OMV E&P) atau entiti lain dalam kumpulan OMV AG bagi pembiayaan antara AS$350 juta (RM1.456 bilion) dan AS$550 juta.

Ia berkata, kumpulan itu juga dikehendaki menyediakan jaminan korporat, aku janji dan/atau sekuriti untuk 50 peratus kemudahan pembiayaan yang akan diperoleh oleh SEB Upstream Sdn Bhd (SUP).

SUP adalah usaha sama yang ditubuhkan untuk memegang keseluruhan kepentingan ekuiti Sapura Upstream Sdn Bhd (SUSB), yang sebelum ini dikenali sebagai Sapura Exploration and Production Sdn Bhd.

Sapura Energy berkata, daripada dana AS$550 juta itu, kumpulan SUP akan menggunakan AS$350 juta untuk membayar balik sebahagian hutang SUSB Group kepada Sapura Energy Group berjumlah AS$890 juta dan dan selebihnya, jika ada, untuk modal kerja.

181 dibaca
Berita Harian X