Ahad, 30 Disember 2018 | 3:23pm

PETRONAS ambil alih kepentingan medan gas Oman

KUALA LUMPUR: PETRONAS, melalui anak syarikatnya PC Oman Ventures Ltd, (PCOVL) telah menyelesaikan transaksi pengambilalihan kepentingan 10 peratus dalam Blok 61 medan gas Al Khazzan Oman daripada Makarim Gas Development LLC (MGD).

Dalam satu kenyataan, PETRONAS berkata, MGD adalah subsidiari syarikat minyak penerokaan dan pengeluaran LCC Oman (OOCEP).

Katanya, penyelesaian transaksi itu dirasmikan pada majlis yang diadakan di Muscat, Oman selepas syarat-syarat untuk transaksi telah dipenuhi

"Berikutan pengambilalihan berkenaan, PCOVL dan MGD memegang kepentingan masing-masing 10 peratus dan 30 peratus manakala BP Exploration Ltd sebagai pengendali 60 peratus kepentingan.

"Pengambilalihan tersebut menandakan langkah penting dalam merealisasikan strategi pertumbuhan PETRONAS dalam sektor huluan di rantau ini dan di peringkat global ketika ia menyelaras aktivitinya bagi memastikan bekalan tenaga yang mampan,” tambahnya.

Blok 61 dilaporkan adalah salah satu projek gas bukan konvensional terbesar Oman, yang disasarkan mengeluarkan kira-kira 1.5 bilion kaki padu gas sehari menjelang 2020.

254 dibaca
Berita Harian X