Jumaat, 14 Disember 2018 | 9:11pm
FTPSB akan memberi perkhidmatan dari segi tenaga kerja ladang dalam industri kelapa sawit yang diceburi koperasi perladangan di bawah bimbingan Angkasa. - Foto hiasan

Angkasa, FTPSB meterai MoU tingkatkan hasil sawit

REMBAU: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Felda Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan mempertingkat lagi hasil perladangan sawit.

MoU itu ditandatangani Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail, manakala FTPSB diwakili Ketua Pegawai Ekskutif, Md Salleh Awang dengan disaksikan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Abdul Fattah berkata, pemeteraian MoU itu adalah bagi menjalin kerjasama dengan FTPSB.

Beliau berkata, FTPSB akan memberi perkhidmatan dari segi tenaga kerja ladang dalam industri kelapa sawit yang diceburi koperasi perladangan di bawah bimbingan Angkasa.

“Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan hasil koperasi perladangan, berkongsi kepakaran teknikal dan kolaborasi penyediaan dan pembekalan anak sawit yang berkualiti,” katanya ,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis itu di sini. - BERNAMA

363 dibaca
Berita Harian X