Jumaat, 23 November 2018 | 9:36pm

TH Heavy Engineering kembali untung

KUALA LUMPUR: TH Heavy Engineering Bhd kembali mencatat untung dengan keuntungan bersih RM100.76 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2018 berbanding kerugian bersih RM32.15 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, pendapatan menyusut kepada RM79,000 daripada RM416,000 sebelumnya.

Pada peringkat sebelum cukai, keuntungan berjumlah RM100.2 juta pada suku ketiga 2018 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM35.9 juta pada suku ketiga 2017, terutama disebabkan oleh penepian hutang sebagai sebahagian daripada susunan skim syarikat.

"Pendapatan itu diperolehi daripada caj kemudahan untuk projek yang sedang berjalan dan penurunan pendapatan adalah disebabkan oleh aktiviti fabrikasi yang lebih rendah pada suku yang dikaji," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Melangkah ke hadapan, TH Heavy menjangka perniagaan fabrikasi untuk terus mencabar memandangkan persekitaran kompetitif dan pemotongan perbelanjaan modal seperti yang diumumkan oleh syarikat minyak mentah utama.

"Kumpulan itu telah berkembang kepada aktiviti pembinaan kapal, dan juga merancang untuk memperluas kerja-kerja pengubahsuaian dan penyelenggaraa, serta kerja fabrikasi yang tidak berkaitan dengan minyak dan gas, yang diharapkan dapat memberikan pendapatan yang lebih stabil dan berulang kepada syarikat," katanya.

-BERNAMA

258 dibaca
Berita Harian X