Ahad, 14 Oktober 2018 | 8:44am

Tawaran diskaun menarik produk HP di Shopee

KUALA LUMPUR: Hewlett-Packard (HP) mengumumkan diskaun menarik bagi kesemua produk keluarannya yang boleh dibeli menerusi stor rasmi mereka di platform e-dagang, Shopee menjelang Black Friday 2018.

Kempen Hari Jenama itu akan berlangsung selama lima hari bermula 15 hingga 19 Oktober, dengan menawarkan komputer riba serendah RM1,019.

Bagi mendapatkan nilai lebih menerusi pembelian, anda boleh menggunakan kod baucer HP50OFF dan tambahan diskaun RM50 untuk komputer riba pilihan anda.

Baucer itu sah digunakan untuk 100 pelanggan pertama saja.

Selain itu, HP turut menganjurkan permainan ‘Follow to Unlock’ di mana pengikut berpeluang membeli barangan seperti tetikus HP OMEN pada harga cuma RM1 dengan melayari HP Official Store di Shopee.

Selepas melepasi setiap halangan, kesemua pengikut akan dimaklumkan berkaitan tawaran RM1 berkenaan. Penebusan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Sementara itu, jika pelanggan membeli minimum RM100 sepanjang kempen terbabit, 20 pembeli bertuah akan berpeluang meraih hadiah bernilai sehingga RM7,000.

Anda boleh melayari https://shopee.com.my/m/hpdeals untuk mendapatkan maklumat lanjut. Muat turun aplikasi Shopee di Google Play atau Apple AppStore secara percuma.

Berita Harian X