Jumaat, 5 Oktober 2018 | 4:54pm

Tawaran istimewa MR DIY sempena Festival Shopee 10.10

KUALA LUMPUR: MR DIY bekerjasama dengan Shopee untuk meraikan ulang tahun pertama Shopee Mall selepas ia melancarkan kedai rasmi pertamanya di portal beli-belah berkenaan.

Sempena acara dan sambutan Festival Shopee 10.10, pengguna dapat menebus potongan harga RM5 dengan setiap pembelian melebihi RM35 dengan kod MRDIYOCT.

Malah, MR DIY juga akan menghantar hadiah percuma dengan setiap pembelian RM50 dan ke atas dalam setiap resit transaksi.

Ketua Pemasaran MR DIY, Andy Chin, berkata Shopee sudah berkembang pesat dalam tempoh beberapa tahun ini, dan muncul sebagai destinasi membeli-belah atas talian kegemaran pelanggan di Malaysia dan rantau ini.

“Kami teruja untuk membawakan lebih banyak tawaran menarik pada Festival 10.10, dan kami yakin bahawa ia akan mendapat sambutan baik di kalangan pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Festival Shopee 10.10 akan menawarkan promosi menarik selama tiga hari berturut-turut, termasuk jualan kilat Shocking Sale 5x dan baucar awal, bermula 8 hingga 10 Oktober 2018.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Serantau Shopee, Ian Ho, berkata Festival Shopee 10.10 meneruskan kesinambungan usaha Shopee untuk menawarkan tawaran terbaik kepada pengguna bagi memulakan musim membeli-belah menarik ini.

“Kami sedia bekerjasama dengan MR DIY pada masa depan bagi menawarkan harga terendah kepada pelanggan,” katanya.

13 dibaca
Berita Harian X