Isnin, 25 Jun 2018 | 1:00pm

Saham Pharmaniaga susut susulan laporan semakan semula konsesi

KUALA LUMPUR: Saham Pharmaniaga Bhd susut 2.48 peratus pagi ini ketika kerajaan dilaporkan sedang menyemak semula semua perjanjian konsesi pembekalan ubat-ubatan.

Ini termasuk kontrak 10 tahun kepada Pharmaniaga, yang akan tamat akhir November ini, menurut Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Saham Pharmaniaga susut sejak 8 Jun susulan kebimbangan terhadap perkara itu.

Harga saham syarikat itu dilaporkan merosot 30 peratus tahun ini.

Harga saham tertinggi yang diniagakan ialah pada 28 Mei iaitu RM4.52, manakala yang terendah ialah RM3.22 pada 22 Jun.

Sehingga 11.15 pagi ini, harga saham Pharmaniaga jatuh lapan sen kepada RM3.15 dengan 33,400 saham bertukar tangan.

- BERNAMA

Berita Harian X