Jumaat, 18 Mei 2018 | 4:23pm

Hisense U9A, TV Laser dilancarkan sempena Piala Dunia

KUALA LUMPUR: Hisense Malaysia hari ini melancarkan produk inovasi terbaharunya, televisyen (TV) berdefinisi tinggi (HD) sempena Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung Jun ini.

Pengarah Urusannya, Andy Huang Yuan Xin, berkata produk baharu itu membabitkan TV edisi khas Piala Dunia Hisense U9A bersaiz 75 inci dan TV Smart Laser 4K UHD bersaiz 100 inci.

Katanya, Hisense U9A akan dijual pada harga RM19,999 manakala TV Smart Laser pada harga RM39,999.

"Sempena Piala Dunia 2018, kami ingin meningkatkan pengalaman menonton TV dalam kalangan peminat bola sepak menerusi produk Hisense khususnya U9A, U7A dan TV laser.

"U9A yang dilancarkan hari ini menampilkan sistem lampu latar LED canggih yang dipadankan dengan kualiti tertinggi 'dynamic range', sekali gus menawarkan kualiti paparan skrin yang tiada tandingan.

"Malah, TV Laser dan U7A juga menawarkan pengalaman tontonan unik kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hisense U9A mengguna pakai 'Prime Array Backlight', iaitu sistem lampu latar canggih yang terdiri daripada struktur LED ultra-padat, kawalan proses kecerahan dan gambar serta pengimbasan lampu latar.

Ia juga mempunyai teknologi 'Ultra Motion Plus' yang meningkatkan tahap kejelasan gambar, sekali gus menawarkan tontonan yang lebih jelas dan lancar.

TV Laser Hisense pula menawarkan kepuasan tontonan menerusi skrin bersaiz 100 inci yang disertakan resolusi tinggi, manakala U7A memaparkan reka bentuk nipis yang didatangkan sistem lampu latar elit yang menghasilkan kontras yang lebih baik.

Orang ramai boleh melayari laman web rasmi Hisense Malaysia menerusi pautan www.hisense.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

23 dibaca
Berita Harian X