Jumaat, 4 Mei 2018 | 2:40pm

AirAsia X meterai kontrak baik pulih pesawat

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd memeterai kontrak perkhidmatan bagi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dengan Safran Landing Systems Singapura, meliputi kerja-kerja pembaikan dan baik pulih untuk 24 gear pendaratan pesawat Airbus A330.

AirAsia X dalam satu kenyataan hari ini, berkata perkhidmatan berjadual yang pertama akan dibuat melalui kemudahan MRO Safran Landing Systems di Singapura, dan kontrak itu akan berlangsung dari 2018 hingga 2025.

Katanya, ketika ini, Safran Landing Systems Singapura ditauliahkan bagi menyediakan perkhidmatan MRO ke atas 32 gear pendaratan pesawat Airbus A320 milik AirAsia.

Kontrak baharu itu akan menjadikan jumlah pesawat yang di kontrak di bawah Kumpulan AirAsia kepada 56 buah. -BERNAMA

Berita Harian X