Khamis, 5 April 2018 | 4:03pm
PEGAWAI Eksekutif Cheif Dagang Net Technologies Sdn Bhd, Wan Ahmad Syatibi Wan Abd Manan (kanan) menyampaikan penghargaan kepada Pengarah Bahagian Hub Halal, JAKIM, Datuk Sri Dr Sirajuddin Suhaimee semasa pelancaran sistem pengurusan logistik halal berasaskan web AIIVA di MIHAS 2018. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Dagang Net perkenal laman web pengurusan halal

KUALA LUMPUR: Dagang Net Technologies Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Dagang NeXchange Bhd (DNeX) melancarkan AIIVA, Sistem Pengurusan Logistik Halal (HLMS) berasaskan laman web.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Ahmad Syatibi Wan Abd Manan, berkata AIIVA bertujuan untuk menjamin integriti halal di sepanjang rantaian bekalan produk, perkhidmatan dan komponen berkaitan terjamin.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan sistem itu mendapat perhatian perniagaan seperti pengilang, pengeluar, pengeksport dan pengimport, perolehan, logistik, gudang, pengendalian serta operasi terminal yang berada dalam ekosistem halal.

"Logistik halal menarik perhatian pengguna global kerana keupayaannya untuk memastikan integriti halal sentiasa terjamin sehingga proses paling awal apabila produk atau perkhidmatan dibangunkan.

"Integriti halal dipantau selaras dengan Saluran Sistem Jaminan Halal dan standard Halalan Toyyiban. Sistem ini boleh diakses oleh mereka yang berminat dalam hal ini.

"Malah, kami juga menjalin kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan usaha sistem ini terjamin mengikut konsep halal yang sebenarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran AIIVA yang diadakan pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2018 di sini, hari ini.

Hadir sama merasmikan sistem itu, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Wan Ahmad Syatibi berkata, setakat ini, HLMS hanya ditawarkan bagi perniagaan pasaran rantaian bekalan dalam negara sebelum menembusi pasaran Asean dalam tempoh dua tahun lagi.

13 dibaca
Berita Harian X