Isnin, 26 March 2018 | 10:29am
UBER Technologies Inc bersetuju menjual perniagaan Asia Tenggaranya kepada pesaing yang lebih besar Grab. - Foto Reuters

Uber jual perniagaan Asia Tenggara kepada Grab

SINGAPURA: Uber Technologies Inc bersetuju menjual perniagaan Asia Tenggaranya kepada pesaing yang lebih besar Grab, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia adalah pengunduran kedua syarikat Amerika Syarikat (AS) itu di pasaran Asia.

Sebagai sebahagian daripada transaksi itu, Uber akan mengambil alih 27.5 peratus kepentingan dalam syarikat di Asia Tenggara itu, kata Grab dalam satu kenyataan. - Reuters rantau Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini," katanya.  

Untuk meminimumkan gangguan, Grab dan Uber akan bekerjasama bagi memindahkan segera pemandu dan penumpang Uber, pelanggan Uber Eats, rakan perniagaan dan penghantaran ke platform Grab. 

Aplikasi Uber akan terus beroperasi selama dua minggu untuk memastikan kestabilan pemandu Uber yang sedang beralih ke Grab manakala, Uber Eats akan beroperasi sehingga akhir Mei di mana selepas itu rakan restoran dan penghantarannya akan berpindah ke GrabFood.   

Berita Harian X