Isnin, 11 Disember 2017 | 4:07pm
BANK Rakyat telah menerima pengiktirafan anugerah emas dalam kategori Laporan Tahunan Terbaik Bahasa Melayu pada Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA) 2017 baru-baru ini.

Bank Rakyat terima pengiktirafan NACRA 2017

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menerima pengiktirafan anugerah emas menerusi kategori Laporan Tahunan Terbaik Bahasa Melayu pada Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA) 2017, baru-baru ini.

 

NACRA 2017 dianjurkan bersama oleh Bursa Malaysia, Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA), bagi mengiktiraf kecemerlangan dan komunikasi yang lebih berkesan dalam penyampaian maklumat kewangan dan perniagaan.

 

Bank Rakyat menerusi satu kenyataan hari ini, berkata pengiktirafan itu akan mendorong Bank Rakyat untuk menyediakan laporan lebih mantap dan kreatif daripada aspek maklumat, gaya bahasa dan reka bentuk laporan tahunan.

 

"Walaupun persekitaran ekonomi mencabar yang menyebabkan pertumbuhan pembiayaan lebih perlahan, Bank Rakyat akan terus telus dalam laporan kewangan dan bertanggungjawab untuk memberikan informasi tepat kepada pelanggannya.

 

"Anugerah ini adalah kejayaan kedua bagi Bank Rakyat selepas mendapat pengiktirafan sama pada tahun lalu," katanya.

 

Anugerah yang diadakan di Hotel Hilton di ibu negara itu disampaikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan diterima Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria.

Berita Harian X