Rabu, 22 November 2017 | 5:33pm
PENGARAH Besar Jualan CEP dan Service Company Sdn BHD (SMSS), S.G. Lau (kiri) bersama Pengarah Urusan Jualan Sharp Malaysia dan Service Company Sdn BHD (SMSS), Tadashi Ohyama (dua dari kiri) dan Pengurus Besar Jualan CEP Sharp Malaysia dan Service Company Sdn BHD (SMSS), S.M. Tok serta Penolong Pengurus Besar HE dan Jualan CEP Sharp Malaysia, Abdul Hamid Ismail (kanan) menunjukkan televisyen Sharp jenama Aquos 8K sempena Majlis 'Sharp Be Original' pada Pelancaran Produk Sharp di Sharp Electronic , Shah Alam. - Foto Muhammad Sulaiman

SHARP perkenal 3 produk rumah inovasi terkini

SHAH ALAM: SHARP Malaysia Sales & Service Company Sdn Bhd (SMSS) yakin meneruskan pertumbuhan positif tahun depan menerusi pengenalan produk kelengkapan rumah inovasi terkini.

Pengarah Urusannya, Tadashi Ohyama, berkata keyakinan itu berdasarkan pengenalan TV AQUOS ultra definisi tinggi (UHD) 8K, peti sejuk PELICAN bersaiz mega dan penyaman udara pintar.

"TV AQUOS UHD 8K mempunyai resolusi 7,680 x 4,320 piksel, iaitu resolusi 16 kali lebih tinggi daripada model TV UHD 2K. Teknologi baharu 8K ini didatangkan dengan dua saiz iaitu 70 inci dan 80 inci.

"TV AQUOS UHD 8K menawarkan gaya hidup baharu pemilik kediaman yang menggabungkan paparan imej seolah-olah `hidup' dan pengalaman tiga dimensi (3D), termasuk membolehkan kita melihat imej kecil dalam televisyen yang sebelum ini tidak boleh dilihat menerusi TV UHD 2K," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Produk Baharu SHARP di Bangunan SHARP Elektronik di Persiaran Kuala Langat, di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SMSS, Tai Jeng Wu; Ketua Pengarah Urusan SMSS, Yoshiro Hashimoto; Pengarah Urusan CEP Sales, Tok Sang Man dan Pengurus Besar Jabatan Pemasaran CEP, Lau Siong Gap.

Tadashi berkata, SHARP turut menampilkan barisan 10 model peti sejuk PELICAN iaitu revolusi peti sejuk berinovasi tinggi dilengkapi teknologi J-Tech Inverter.

"Selain dilengkapi panel sentuh di pintu peti sejuk, teknologi J-Tech Inverter menjimatkan tenaga dan penyejukan tepat, manakala Plasmacluster memastikan makanan disimpan bebas daripada bakteria penyebab keracunan makanan.

"Teknologi ActiFresh Hybrid Cooling memastikan kesegaran berpanjangan makanan yang disimpan dalam setiap petak peti sejuk Pelican," katanya.

Tadashi berkata, SHARP turut memperkenalkan pendingin hawa non-inverter dengan teknologi super jet menurunkan suhu bilik kepada 5 darjah Celcius dalam tempoh lima minit serta pengudaraan sejuk boleh memenuhi ruang sejauh 14 meter.

"Pendingin SHARP terus menggunakan teknologi ion Plasmacuster yang menghapuskan 99 peratus bakteria dan virus dalam ruang udara bilik," katanya.

17 dibaca
Berita Harian X